Anda Boleh Memohon Pembiayaan Rumah Melalui Kowamas
Pembiayaan
perumahan merupakan perkidmatan yang ditawarkan oleh Koperasi Wawasan
Malaysia Berhad (KOWAMAS) sejak dari tahun 2014 . Perkhidmatan ini
berbentuk agensi luaran di mana KOWAMAS bertindak sebagai agen kepada
institusi kewangan tempatan dan ianya adalah percuma kepada orangramai
termasuk pelanggan dan ahli-ahli KOWAMAS. Perkhidmatan ini merangkumi
pembiayaan untuk pembelian hartanah/ rumah kediaman/ rumah kedai
(financing purchase), pembiayaan semula pinjaman sedia ada (refinancing)
dan pembiayaan gadaian semula (remortgage).
KOWAMAS juga sedang berusaha mewujudkan pakej pembiayaan perumahannya
sendiri khusus buat kakitangan awam/ GLC terpilih bagi membantu golongan
ini memiliki rumah kediaman mereka sendiri di mana ianya menawarkan
pakej yang fleksibel dan lebih mudah bagi mengatasi kekangan kelulusan
yang ketat dari institusi kewangan tempatan. Walau bagaimanapun, ianya
masih dalam proses kelulusan dari pihak-pihak yang berwajib.
No comments:
Post a Comment