Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu X’Change KOWAMAS (E-Gadaian)
Pada
bulan Mei 2010, Ar-Rahnu X’Change KOWAMAS yang pertama telah dibuka di
Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan. Sehingga kini, 5 buah cawangan
Ar-Rahnu X’Change KOWAMAS yang dijalankan di bawah francais Bank
Kerjasama Rakyat telah beroperasi sepenuhnya di Johor Bahru, Ipoh,
Bandar Baru Bangi, Bandar Sri Permaisuri dan Kelana Jaya. Sasaran
seterusnya pada suku tahun keempat 2014, KOWAMAS akan menambah sebuah
cawangan baru Ar-Rahnu X’Change di Pulau Pinang.
Ar-Rahnu X’Change KOWAMAS adalah alternatif instrumen kewangan yang berlandaskan konsep Syariah sepenuhnya. Perlaksanaan urusniaga adalah berdasarkan kepada pematuhan konsep Al-Qardhul Hassan (pinjaman kebajikan tanpa faedah), Al-Wadiah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan keselamatan ke atas barang gadaian) dan Al-Ujrah (upah). Kesemua konsep inilah yang membezakannya dengan kedai pajak gadai konvensional yang lain. Ciri-ciri perlaksanaan urusniaga patuh Syariah kini semakin diterima dan digemari oleh masyarakat termasuk pelanggan dari golongan bukan Islam.
Di
antara faktor utama yang menjadi teras keistimewaan pada Ar-Rahnu
X’Change KOWAMAS adalah konsepnya yang bebas riba’, tiada yuran proses
dan jaminan keselamatan oleh perlindungan Takaful. Kakitangan yang
terlatih dan profesional dapat memberi lebih keyakinan kepada para
pelanggan sewaktu urusan penilaian barang gadaian dilakukan. Peralatan
densimeter digunakan untuk menilai ketepatan nilai emas. Urusniaga yang
sistematik ini menambahkan elemen nilai yang dinikmati oleh pelanggan
sewaktu berurusan di Ar-Rahnu X’Change KOWAMAS.Ar-Rahnu X’Change KOWAMAS adalah alternatif instrumen kewangan yang berlandaskan konsep Syariah sepenuhnya. Perlaksanaan urusniaga adalah berdasarkan kepada pematuhan konsep Al-Qardhul Hassan (pinjaman kebajikan tanpa faedah), Al-Wadiah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan keselamatan ke atas barang gadaian) dan Al-Ujrah (upah). Kesemua konsep inilah yang membezakannya dengan kedai pajak gadai konvensional yang lain. Ciri-ciri perlaksanaan urusniaga patuh Syariah kini semakin diterima dan digemari oleh masyarakat termasuk pelanggan dari golongan bukan Islam.
Selain itu juga, jumlah pemberian pinjaman yang tinggi turut menyumbang dalam peningkatan permintaan untuk kemudahan tunai segera. Kelayakan pinjaman yang tinggi ini telah meluaskan segmen sasaran pasaran kepada golongan peniaga yang dapat menjadikannya sebagai modal perniagaan. Bagi produk Ar-Rahnu, pelanggan layak menikmati pinjaman maksimum sebanyak RM50,000.00 manakala produk Az-Zahab pula jumlah pinjaman maksimum sebanyak
RM100,000.00. Tempoh pinjaman dan bayaran balik lebih fleksibel. Pelanggan diberikan tempoh maksimum selama 6 bulan dan dibenarkan untuk lanjut tempoh setiap 6 bulan tanpa had. Pelanggan diberi pilihan kaedah bayaran balik pinjaman iaitu secara ansuran ataupun sekali gus. Ar-Rahnu X’Change KOWAMAS merupakan asas kepada sistem kewangan Islam yang adil.
No comments:
Post a Comment