Syarat-Syarat Penyertaan
Skim ini adalah dijalankan secara sukarela dan terbuka kepada
Prosedur-prosedur untuk penyertaan dan caruman adalah seperti berikut: –
(a) Skim Persaraan
Pulangan atau ganjaran akan dikira berdasarkan pulangan semasa seperti yang digunapakai oleh institusi kewangan tempatan/ pelaburan yang terlibat. Kadar pulangan atau ganjaran minima adalah dianggarkan sebanyak 8% setahun dan ianya mungkin berubah-ubah dari masa ke semasa.
(b) Pembiayaan Pelajaran
Tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang telah dipersetujui dan diluluskan oleh Anggota Lembaga Koperasi dari masa ke semasa mengikut keperluan.
(c) Yuran Pengurusan
Yuran pengurusan juga ada diperuntukkan untuk tujuan urusan pentadbiran dan juga untuk pengurusan akaun caruman bagi memastikan caruman dan agihan serta faedah-faedah di dalam skim persaraan ini dapat ditadbir dan diurus secara telus dan lancar.
PERUNTUKAN GP 9
Kesemua peruntukan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan digunapakai didalam perlaksanaan skim ini. Mana-mana peruntukan di dalam GP 9 akan mendahului Kertas Kerja Skim ini termasuklah Aturan-Aturan yang telah diluluskan.
Skim ini adalah dijalankan secara sukarela dan terbuka kepada
- Anggota KOPERASI WAWASAN MALAYSIA BERHAD sahaja.
- Jumlah caruman adalah sebanyak RM30.00 sebulan berterusan sehingga umur persaraan wajib minima iaitu 55 tahun dan tertakluk kepada kelulusan Ahli Lembaga Koperasi bagi setiap anggota.
- Koperasi tidak akan mengeluarkan sebarang pembiayaan kepada Anggota bagi tujuan menyertai Skim Persaraan ini. Walaubagaimanapun, penentuan syarat-syarat penyertaan adalah tertakluk kepada kelulusan Anggota Lembaga Koperasi dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
Prosedur-prosedur untuk penyertaan dan caruman adalah seperti berikut: –
- Permohonan menyertai Skim Persaraan ini boleh dibuat di mana-mana cawangan Kowamas termasuklah di Pejabat Urusan atau secara ‘on-line’ dengan mengisi borang khas untuk Skim Persaraan ini.
- Anggota hendaklah mengesahkan nombor kad pengenalan dan nombor keanggotaan semasa membuat permohonan.
- Borang berkenaan juga akan disediakan untuk tujuan potongan gaji menerusi Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) bagi tujuan penyertaan.
- Semakan dan persetujuan potongan BPA akan dijalankan untuk tujuan kelulusan untuk penyertaan dalam skim ini.
- Caruman bulanan ialah sebanyak RM30.00 sahaja yang mana jumlah caruman ini akan dibuat menerusi potongan gaji BPA.
- Kowamas berhak menolak mana-mana permohonan Skim Persaraan ini tanpa memberi apa-apa alasan.
- Pengeluaran boleh dilakukan setelah anggota mencapai umur persaraan wajib minima iaitu 55 tahun di mana anggota perlu mengisi borang khas yang disediakan di mana-mana cawangan Kowamas termasuklah di Pejabat Urusan jika anggota ingin mengeluarkan caruman mereka.
- Jika tiada pengeluaran dibuat setelah mencapai umur persaraan wajib minima 55 tahun, anggota dibenarkan untuk meneruskan dan mengekalkan caruman yang sediaada.
- Pengeluaran boleh dibuat secara sekaligus atau berperingkat mengikut kehendak anggota dan juga prosedur yang digariskan..
- Pencarum atau anggota hendaklah membawa bersama kad pengenalan diri semasa membuat pengeluaran.
- Had pengeluaran bergantung kepada jumlah atau baki terakhir caruman anggota yang ada atau yang terkumpul di dalam akaun caruman semasa permohonan pengeluaran dibuat.
- Proses pengeluaran akan mengambil masa selama empat (4) minggu daripada tempoh kelulusan pengeluaran oleh Mesyuarat Lembaga sebelum caruman dibayar kepada anggota.
(a) Skim Persaraan
Pulangan atau ganjaran akan dikira berdasarkan pulangan semasa seperti yang digunapakai oleh institusi kewangan tempatan/ pelaburan yang terlibat. Kadar pulangan atau ganjaran minima adalah dianggarkan sebanyak 8% setahun dan ianya mungkin berubah-ubah dari masa ke semasa.
(b) Pembiayaan Pelajaran
Tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang telah dipersetujui dan diluluskan oleh Anggota Lembaga Koperasi dari masa ke semasa mengikut keperluan.
(c) Yuran Pengurusan
Yuran pengurusan juga ada diperuntukkan untuk tujuan urusan pentadbiran dan juga untuk pengurusan akaun caruman bagi memastikan caruman dan agihan serta faedah-faedah di dalam skim persaraan ini dapat ditadbir dan diurus secara telus dan lancar.
PERUNTUKAN GP 9
Kesemua peruntukan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan digunapakai didalam perlaksanaan skim ini. Mana-mana peruntukan di dalam GP 9 akan mendahului Kertas Kerja Skim ini termasuklah Aturan-Aturan yang telah diluluskan.
No comments:
Post a Comment