Soalan Lazim


1.Apakah syarat-syarat untuk menjadi anggota koperasi?

Warganegara Malaysia.
Telah mencapai umur lapan belas tahun (18).
Bukan seorang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar tidak upaya dari segi mental, bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
Membayar fi masuk sebanyak RM 50.00 (ahli bersekutu).
2.Siapakah KOWAMAS?

KOWAMAS (Koperasi Wawasan Malaysia Berhad) adalah sebuah koperasi berdaftar dibawah Akta Koperasi 1993.

3.Siapakah yang layak memohon pembiayaan KOWAMAS?

Ahli dan bakal ahli KOWAMAS yang berkhidmat disektor kerajaan, badan berkanun dan GLC yang terpilih. Yang berusia diantara 18-56 atau 58 tahun, berjawatan tetap dan telah berkhidmat melebihi 6 bulan.

4.Adakah Syarikat Swasta layak memohon?

Syarikat swasta tidak layak memohon.

5.Berapakah jumlah pembiayaan maksimum dan minimum?

Pembiayaan maksimum adalah RM 200,000.00 selagi potongan gaji bulanan tidak melebihi 60 peratus (60%). Pembiayaan minimum ialah RM 3,000.00

6.Bagaimanakan cara permohonan boleh dibuat?

Permohonanpembiayaan boleh dibuat secara on-line melalui e-borang di laman web kami ataupun melalui Pegawai Jualan kami diseluruh Cawangan-cawangan Kowamas.

7.Adakah pembiayan ini selaras dengan hukum syariah?

Ya. Pembiayaan ini adalah selaras dengan semua peruntukan syariah.

8.Adakah pembiayan ini selaras dengan undang-undang kerajaan?

Ya. Pembiayaan ini adalah selaras dengan semua peruntukan undang-undang kerajaan.

9.Apakah yang dimaksudkan dengan peratus potongan?

Jumlah potongan (termasuk pembiayaan ini) tidak melebihi 60 Peratus daripada gaji kasar, termasuk elaun-alaun tetap.

10.Apakah yang dimaksudkan dengan elaun-elaun tetap?

Semua jenis elaun/imbuhan yang bersifat tetap walaupun pemohon bertukar unit atau bahagian. Sebagai contoh : elaun khidmat awam, elaun perumahan, elaun wilayah, elaun keraian, elaun kritikal, elaun khas kementerian dan lain-lain.

11.Apakah pemohon perlu membayar kesemua caj yang dikenakan sekiranya permohonan diluluskan?

Tidak. Kesemua caj tersebut akan dipotong dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.

12.Bolehkah pembiayaan ini digunakan untuk menyelesaikan tanggungan lain?

Boleh, Sila sertakan penyata baki tanggungan semasa pemohon semasa membuat permohonan. Bagaimanapunia tertakluk kepada jumlah potongan gaji yang baru di mana ia tidak melebihi kadar 60 peratus yang ditetapkan.

13.Adakah pembiayaan ini memerlukan penjamin?

Tidak.

14.Berapa peratuskah jumlah bersih pinjaman yang akan diterima oleh pemohon?

Pemohon akan mendapat 93% sehingga 95% daripada jumlah keseluruhan pinjaman setelah ditolak fi masuk, fi proses, insuran, dan setem duti dan lain-lain caj seperti yang ditetapkan dari masa kesemasa.
Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Sila Hubungi Pegawai Jualan Kowamas.

15.Berapakah tempoh pemprosesan pembiayaan ini?

Tempoh pemprosesan ialah selama 3 hari bekerja. Setiap permohonan akan dimaklumkan samada diluluskan atau tidak dalam tempoh tersebut.

16.Bagaimanakah cara pengeluaran dibuat?

Pengeluaran akan dibuat dengan mengkreditkan akaun peminjam seperti yang dimaklumkan oleh peminjam.

17.Adakah “blacklist” boleh memohon?

Blacklist juga boleh memohon, tetapi tertakluk kepada syarat-syarat tambahan. Sila rujuk kepada pegawai jualan untuk maklumat lanjut.

18.Berapakah tempoh bayaran balik pembiayaan?

Tempoh adalah dari 24 bulan (2 tahun) sehingga 120 bulan (10 tahun).

19.Bolehkah penyelesaian pembiayaan dibuat sebelum tempoh sebenar? 

Ya. Penyata baki pembiayaan untuk penyelesaian boleh diminta daripada koperasi pada bila-bila masa dalam tempoh pembiayaan tersebut.

20.Adakah penyelesaian pembiayaan melibatkan apa-apa kos tambahan?

Tiada.

21.Berapakah kadar keuntunggan pembiayaan?

Kadar keuntunggan adalah dari 4.99% setahun (untuk pembiayaan dari 1-2 tahun) dan 5.20% setahun (untuk pembiayaan dari 3-10 tahun).
*Tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa. Sila rujuk Jadual Pembayaran Balik Pembiayaan.

22.Bagaimanakah cara pembayaran balik untuk pembiayaan ini?

Bayaran balik adalah melalui potongan gaji bulanan.

23.Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan ini?

Dokumen yang diperlukan adalah 3 salinan kad pengenalan, 3 salinan surat beranak (PDRM sahaja), 1 bulan slip gaji asal terkini dan 3 salinan setiap bulan terkini (semua dokumen perlu pengesahan majikan) dan penyata penyelesaian awal (jika berkaitan).

*MENGIKUT TERMA & SYARAT DAN PERUBAHAN DARI SEMASA KE SEMASA TANPA NOTIS AWAL. TQ
Share:

Skim Persaraan Anggota KOWAMAS (SPAK)


Syarat-Syarat Penyertaan
Skim ini adalah dijalankan secara sukarela dan terbuka kepada
  • Anggota KOPERASI WAWASAN MALAYSIA BERHAD sahaja.
  • Jumlah caruman adalah sebanyak RM30.00 sebulan berterusan sehingga umur persaraan wajib minima iaitu 55 tahun dan tertakluk kepada kelulusan Ahli Lembaga Koperasi bagi setiap anggota.
  • Koperasi tidak akan mengeluarkan sebarang pembiayaan kepada Anggota bagi tujuan menyertai Skim Persaraan ini. Walaubagaimanapun, penentuan syarat-syarat penyertaan adalah tertakluk kepada kelulusan Anggota Lembaga Koperasi dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
Prosedur Membuat Caruman
Prosedur-prosedur untuk penyertaan dan caruman adalah seperti berikut: –
  • Permohonan menyertai Skim Persaraan ini boleh dibuat di mana-mana cawangan Kowamas termasuklah di Pejabat Urusan atau secara ‘on-line’ dengan mengisi borang khas untuk Skim Persaraan ini.
  • Anggota hendaklah mengesahkan nombor kad pengenalan dan nombor keanggotaan semasa membuat permohonan.
  • Borang berkenaan juga akan disediakan untuk tujuan potongan gaji menerusi Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) bagi tujuan penyertaan.
  • Semakan dan persetujuan potongan BPA akan dijalankan untuk tujuan kelulusan untuk penyertaan dalam skim ini.
  • Caruman bulanan ialah sebanyak RM30.00 sahaja yang mana jumlah caruman ini akan dibuat menerusi potongan gaji BPA.
  • Kowamas berhak menolak mana-mana permohonan Skim Persaraan ini tanpa memberi apa-apa alasan.
Prosedur Pengeluaran & Pembayaran
  • Pengeluaran boleh dilakukan setelah anggota mencapai umur persaraan wajib minima iaitu 55 tahun di mana anggota perlu mengisi borang khas yang disediakan di mana-mana cawangan Kowamas termasuklah di Pejabat Urusan jika anggota ingin mengeluarkan caruman mereka.
  • Jika tiada pengeluaran dibuat setelah mencapai umur persaraan wajib minima 55 tahun, anggota dibenarkan untuk meneruskan dan mengekalkan caruman yang sediaada.
  • Pengeluaran boleh dibuat secara sekaligus atau berperingkat mengikut kehendak anggota dan juga prosedur yang digariskan..
  • Pencarum atau anggota hendaklah membawa bersama kad pengenalan diri semasa membuat pengeluaran.
  • Had pengeluaran bergantung kepada jumlah atau baki terakhir caruman anggota yang ada atau yang terkumpul di dalam akaun caruman semasa permohonan pengeluaran dibuat.
  • Proses pengeluaran akan mengambil masa selama empat (4) minggu daripada tempoh kelulusan pengeluaran oleh Mesyuarat Lembaga sebelum caruman dibayar kepada anggota.
Pembahagian Pulangan/Ganjaran Ke Atas Pelaburan & Yuran Pengurusan
(a) Skim Persaraan
Pulangan atau ganjaran akan dikira berdasarkan pulangan semasa seperti yang digunapakai oleh institusi kewangan tempatan/ pelaburan yang terlibat. Kadar pulangan atau ganjaran minima adalah dianggarkan sebanyak 8% setahun dan ianya mungkin berubah-ubah dari masa ke semasa.

(b) Pembiayaan Pelajaran
Tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang telah dipersetujui dan diluluskan oleh Anggota Lembaga Koperasi dari masa ke semasa mengikut keperluan.

(c) Yuran Pengurusan
Yuran pengurusan juga ada diperuntukkan untuk tujuan urusan pentadbiran dan juga untuk pengurusan akaun caruman bagi memastikan caruman dan agihan serta faedah-faedah di dalam skim persaraan ini dapat ditadbir dan diurus secara telus dan lancar.
PERUNTUKAN GP 9
Kesemua peruntukan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan digunapakai didalam perlaksanaan skim ini. Mana-mana peruntukan di dalam GP 9 akan mendahului Kertas Kerja Skim ini termasuklah Aturan-Aturan yang telah diluluskan.
Share:

Bantuan Pengajian Tinggi KOWAMAS




Bantuan Pengajian Tinggi Kowamas


1.  Objektif : Biasiswa Pengajian Tinggi Kowamas adalah bertujuan untuk membiayai pengajian tinggi anak-anak anggota KOWAMAS di universiti tempatan dan luar Negara.

2. Syarat-syarat kelayakan : Terbuka kepada semua anak-anak anggota KOWAMAS yang memperolehi keputusan cemerlang di peringkat pra-universiti dengan mendapat 10% percentile teratas di peringkat A-level, IB, Matrikulasi atau setaraf dengannya.

3. Nilai Biasiswa : Nilai Biasiswa yang ditawarkan, adalah berdasarkan kos pengajian yang ditawarkan di universiti tersebut sahaja dimana ianya tidak termasuk kos sara hidup.

4. Kontrak : Pelajar yang mengambil Biasiswa ini (tajaan KOWAMAS), adalah tertakluk kepada kontrak perkerjaan dengan KOWAMAS dimana ianya bergantung kepada nilai biasiswa yang diberikan oleh KOWAMAS dengan ikatan kontrak perkerjaan minima selama 5 tahun.

5.    Kursus : Biasiswa yang diberikan adalah berdasarkan kursus-kursus di bawah ini:-

        i.      Pengajian Perniagaan (Business Studies)
        ii.     Perbankan (Banking)
        iii.    Perakaunan/Perdagangan/Kewangan (Accounting/Commerce/Finance)
        iv.   Pemasaran (Marketing)
        v.    Ekonomi (Economics)
        vi.   Kejuruteraan Awam (Civil Engineering)
        vii.  Law (Perundangan)
        viii. Atau mana-mana kursus yang bersesuaian dengan perniagaan atau operasi Kowamas


Boleh hubungi KAMI di  0️⃣1️⃣9️⃣2️⃣2️⃣2️⃣7️⃣4️⃣1️⃣3️⃣

http://www.wasap.my/60192227413mesagpinjaman
Share:

DIVIDEN




Kempen Keanggotaan KOWAMAS 2023
203% Dividen Terkumpul, 10% * Jangkaan Dividen 2022, 15.6%Purata Dividen

Kelebihan Dividen Keanggotaan
203% Dividen terkumpul selama 13 tahun (2009-2021)
Dividen tahun 2022 dijangkakan antara 8%-10%*
• Purata Dividen KOWAMAS adalah 15.6%

Faedah-faedah Anggota*
Derma Khairat Kematian bagi kematian anggota
termasuk isteri/suami serta anak-anak.
• Sumbangan Penyakit Kritikal RM 1,000.00
(tuntutan sekali sahaja bagi tiap anggota).
• Tabung Kecemerlangan Pelajaran.
Sumbangan Bencana Alam RM 500.00
• Sumbangan Tunai untuk menampung kos
rawatan hospital.

Boleh hubungi KAMI di  0️⃣1️⃣9️⃣2️⃣2️⃣2️⃣7️⃣4️⃣1️⃣3️⃣

http://www.wasap.my/60192227413mesagsaham

DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN 2015
  • DIVIDEN bagi Tahun Kewangan 2015 adalah diluluskan sebanyak 14% sahaja. Sehubungan dengan itu, Surat kelulusan pembayaran Dividen Bagi Tahun Kewangan 2015 yang bertarikh 29 Ogos 2016 dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah diterima oleh Kowamas.
  • DIVIDEN yang akan dibayar atas modal SAHAM adalah sebanyak RM 2,514,351.50 mengikut pecahan seperti berikut:-
  • 7% – Dalam bentuk SAHAM yang berjumlah RM 1,257,175.75
  • 7% – Dalam bentuk TUNAI yang berjumlah RM 1,257,175.75
  • Manakala DIVIDEN ke atas MODAL YURAN ANGGOTA akan dibayar sebanyak 5% dalam bentuk TUNAI yang berjumlah RM 461,446.00.
  • Sehubungan dengan itu, proses pembayaran DIVIDEN bagi Tahun Kewangan 2015 ini akan dilakukakan dengan cara “PINDAHAN” ke dalam akaun anggota-anggota yang layak.
  • Oleh itu, diingatkan kepada semua anggota-anggota yang layak, sila mengemaskinikan akaun keanggotaan anda dibahagian KEANGGOTAAN Kowamas di pejabat Urusan Kelana Jaya (HQ) dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini akan timbul di kemudian hari.
  • Sila hubungi 03-78049349 (Puan Aeysha) untuk mengemaskini akaun keanggotaan.
  • Pihak Anggota Lembaga dan Pengurusan Kanan Kowamas mengucapkan terima kasih diatas sokongan anggota-anggota semua.
DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN 2014
  • DIVIDEN bagi Tahun Kewangan 2014 adalah diluluskan sebanyak 15% sahaja. Sehubungan dengan itu, Surat kelulusan pembiayaan Dividen Bagi Tahun Kewangan 2014 yang bertarikh 20 Oktober 2015 dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah diterima oleh Kowamas.
  • DIVIDEN yang akan dibayar atas modal SAHAM adalah sebanyak RM 2,023,357.61 mengikut pecahan seperti berikut:-
  • 8% – Dalam bentuk SAHAM yang berjumlah RM 1,700,209.60
  • 7% – Dalam bentuk TUNAI yang berjumlah RM 1,487,683.40
  • Manakala DIVIDEN ke atas MODAL YURAN ANGGOTA akan dibayar sebanyak 5% dalam bentuk TUNAI yang berjumlah RM 402,051.00.
  • Sehubungan dengan itu, proses pembayaran DIVIDEN bagi Tahun Kewangan 2014 ini akan dilakukakan dengan cara “PINDAHAN” ke dalam akaun anggota-anggota yang layak.
  • Oleh itu, diingatkan kepada semua anggota-anggota yang layak, sila mengemaskinikan akaun keanggotaan anda dibahagian KEANGGOTAAN Kowamas di pejabat Urusan Kelana Jaya (HQ) dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini akan timbul di kemudian hari.
  • Sila hubungi 03-78049349 (Puan Aeysha) untuk mengemaskini akaun keanggotaan.
  • Pihak Anggota Lembaga dan Pengurusan Kanan Kowamas mengucapkan terima kasih diatas sokongan anggota-anggota semua.
DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN 2013
  • DIVIDEN bagi Tahun Kewangan 2013 adalah diluluskan sebanyak 15% sahaja. Sehubungan dengan itu, Surat kelulusan pembiayaan Dividen Bagi Tahun Kewangan 2013 yang bertarikh 08 Julai 2014 dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah diterima oleh Kowamas.
  • DIVIDEN yang akan dibayar atas modal SAHAM adalah sebanyak RM 2,023,357.61 mengikut pecahan seperti berikut:-
  • 8% – Dalam bentuk SAHAM yang berjumlah RM 1,079,124.04
  • 7% – Dalam bentuk TUNAI yang berjumlah RM 944,233.57
  • Manakala DIVIDEN ke atas yuran modal anggota akan dibayar sebanyak 5% dalam bentuk TUNAI yang berjumlah RM 204,881.24.
  • Sehubungan dengan itu, proses pembayaran DIVIDEN bagi Tahun Kewangan 2013 ini akan dilakukakan dengan cara “PINDAHAN” ke dalam akaun anggota-anggota yang layak.
  • Oleh itu, diingatkan kepada semua anggota-anggota yang layak, sila mengemaskinikan akaun keanggotaan anda dibahagian KEANGGOTAAN Kowamas di pejabat Urusan Kelana Jaya (HQ) dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini akan timbul di kemudian hari.
  • Pihak Anggota Lembaga dan Pengurusan Kanan Kowamas mengucapkan terima kasih diatas sokongan anggota-anggota semua.
DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN 2012
  • Dimaklumkan bahawa permohonan pembayaran DIVIDEN bagi Tahun Kewangan 2012 sebanyak 30% atas MODAL SAHAM bersamaan RM 2.19 juta dan sebanyak 10% atas MODAL YURAN bersamaan RM 313 ribu telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui surat bertarikh 22 Julai 2013.
  • Sehubungan dengan itu, proses pembayaran DIVIDEN bagi Tahun Kewangan 2012 ini akan dilakukakan dengan cara pindahan ke dalam akaun anggota-anggota yang layak.
  • Oleh itu, diingatkan kepada semua anggota-anggota yang layak, sila mengemaskinikan akaun keanggotaan anda dibahagian KEANGGOTAAN Kowamas di pejabat Urusan Kelana Jaya (HQ) dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini akan timbul di kemudian hari.
  • Pihak Anggota Lembaga dan Pengurusan Kanan Kowamas mengucapkan terima kasih diatas sokongan anggota-anggota semua.
DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN 2011
  • Melalui Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan 2012 (MAPT) yang telah diadakan Pada 23 April 2012, Kowamas telah mengistiharkan Dividen sebanyak 30% bagi Tahun Kewangan 2011 seperti tahun-tahun yang lepas.
  • Sehubungan dengan itu, Kowamas telah mengajukan surat permohonan untuk kelulusan dividen tersebut kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk kelulusan dividen sebanyak 30% sepertimana yang telah diistiharkan melalui Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan 2012 (MAPT) yang telah diadakan Pada 23 April 2012.
  • Melalui surat Kelulusan SKM yang bertarikh 7 Ogos 2012 menyatakan kelulusan pemberian dividen hanya diluluskan sebanyak 20% sahaja untuk Tahun Kewangan 2011. Kelulusan ini tidak menepati apa yang Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan 2012 (MAPT) istiharkan iaitu dividen 30% untuk anggota Kowamas.
  • Walaubagaimanapun, Kowamas tetap mengucapkan ribuan terima kasih kepada SKM dengan kelulusan tersebut dan juga kepada kesemua anggota Kowamas.


Share:

PENGURUSAN


Share:

Keanggotaan Koperasi Wawasan Malaysia Berhad

  • Keanggotaan KOWAMAS adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira kaum atau bangsa. Keanggotaan adalah secara sukarela dengan mengutamakan konsep perpaduan, muhibbah dan kerjasama dikalangan anggota-anggota.
  • KOWAMAS diasaskan berpandukan prinsip yang mengutamakan kebajikan anggota-anggota dari segi perkembangan sosio ekonomi dengan memberi bantuan kewangan, khidmat nasihat, peluang niaga serta pembiayaan dalam usaha meningkat lagi daya usaha dan produktiviti anggota-anggota demi membentuk masyarakat Malaysia yang makmur dan sejahtera.
Keanggotaan Kowamas seperti berikut:
  • Anggota Setakat 2008 – 1,355 Anggota
  • Anggota Setakat 2009 – 5,576 Anggota
  • Anggota Setakat 2010 – 5,183 Anggota
  • Anggota Setakat 2011 – 1,589 Anggota
  • Anggota Setakat 2012 – 2,016 Anggota
  • Anggota Setakat 2013 – 2,279 Anggota
  • Anggota Setakat 2014 – 10,107 Anggota
  • Anggota Setakat 2015 – 4,930 Anggota
  • Jumlah Anggota Setakat 2015 – 33,103ggota
Dividen Koperasi Wawasan Malaysia Berhad
Dividen Kowamas adalah tertakluk kepada Kelulusan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui pengistiharan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT).
Skim Persaraan Koperasi Wawasan Malaysia Berhad
Keanggotaan KOWAMAS adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira kaum atau bangsa. Keanggotaan adalah secara sukarela dengan mengutamakan konsep perpaduan, muhibbah dan kerjasama dikalangan anggota-anggota.
KOWAMAS diasaskan berpandukan prinsip yang mengutamakan kebajikan anggota-anggota dari segi perkembangan sosio ekonomi dengan memberi bantuan kewangan, khidmat nasihat, peluang niaga serta pembiayaan dalam usaha meningkat lagi daya usaha dan produktiviti anggota-anggota demi membentuk masyarakat Malaysia yang makmur dan sejahtera.
Bantuan Pengajian Tinggi Kowamas
Bantuan Pengajian Tinggi Kowamas ini adalah merupakan bantuan pengajian kepada anak-anak anggota Kowamas yang cemerlang di dalam pengajian mereka. Dan dengan bantuan ini, anak-anak anggota Kowamas dapat melanjutkan pengajian mereka di universiti tempatan atau luar negara mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kowamas.
Kemaskini Data Peribadi
Sila hubungi 03-7803 0317/03-7803 0342 (Unit Keanggotaan) untuk mengemaskini akaun keanggotaan.

Talian Khidmat Pelanggan
Sebarang persoalan lain anda boleh juga terus berhubung di talian khidmat pelanggan 03-7804 4244/03-7804 4426 (Unit Aduan/Pertanyaan).

Share:

PAJAK GADAI ISLAM





Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu X’Change KOWAMAS (E-Gadaian)

Pada bulan Mei 2010, Ar-Rahnu X’Change KOWAMAS yang pertama telah dibuka di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan. Sehingga kini, 5 buah cawangan Ar-Rahnu X’Change KOWAMAS yang dijalankan di bawah francais Bank Kerjasama Rakyat telah beroperasi sepenuhnya di Johor Bahru, Ipoh, Bandar Baru Bangi, Bandar Sri Permaisuri dan Kelana Jaya. Sasaran seterusnya pada suku tahun keempat 2014, KOWAMAS akan menambah sebuah cawangan baru Ar-Rahnu X’Change di Pulau Pinang.

Ar-Rahnu X’Change KOWAMAS adalah alternatif instrumen kewangan yang berlandaskan konsep Syariah sepenuhnya. Perlaksanaan urusniaga adalah berdasarkan kepada pematuhan konsep Al-Qardhul Hassan (pinjaman kebajikan tanpa faedah), Al-Wadiah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan keselamatan ke atas barang gadaian) dan Al-Ujrah (upah). Kesemua konsep inilah yang membezakannya dengan kedai pajak gadai konvensional yang lain. Ciri-ciri perlaksanaan urusniaga patuh Syariah kini semakin diterima dan digemari oleh masyarakat termasuk pelanggan dari golongan bukan Islam.
Di antara faktor utama yang menjadi teras keistimewaan pada Ar-Rahnu X’Change KOWAMAS adalah konsepnya yang bebas riba’, tiada yuran proses dan jaminan keselamatan oleh perlindungan Takaful. Kakitangan yang terlatih dan profesional dapat memberi lebih keyakinan kepada para pelanggan sewaktu urusan penilaian barang gadaian dilakukan. Peralatan densimeter digunakan untuk menilai ketepatan nilai emas. Urusniaga yang sistematik ini menambahkan elemen nilai yang dinikmati oleh pelanggan sewaktu berurusan di Ar-Rahnu X’Change KOWAMAS.

Selain itu juga, jumlah pemberian pinjaman yang tinggi turut menyumbang dalam peningkatan permintaan untuk kemudahan tunai segera. Kelayakan pinjaman yang tinggi ini telah meluaskan segmen sasaran pasaran kepada golongan peniaga yang dapat menjadikannya sebagai modal perniagaan. Bagi produk Ar-Rahnu, pelanggan layak menikmati pinjaman maksimum sebanyak RM50,000.00 manakala produk Az-Zahab pula jumlah pinjaman maksimum sebanyak

RM100,000.00. Tempoh pinjaman dan bayaran balik lebih fleksibel. Pelanggan diberikan tempoh maksimum selama 6 bulan dan dibenarkan untuk lanjut tempoh setiap 6 bulan tanpa had. Pelanggan diberi pilihan kaedah bayaran balik pinjaman iaitu secara ansuran ataupun sekali gus. Ar-Rahnu X’Change KOWAMAS merupakan asas kepada sistem kewangan Islam yang adil.

Share:

PEMBIAYAAN PERUMAHAN







Anda Boleh Memohon Pembiayaan Rumah Melalui Kowamas

Pembiayaan perumahan merupakan perkidmatan yang ditawarkan oleh Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS) sejak dari tahun 2014 . Perkhidmatan ini berbentuk agensi luaran di mana KOWAMAS bertindak sebagai agen kepada institusi kewangan tempatan dan ianya adalah percuma kepada orangramai termasuk pelanggan dan ahli-ahli KOWAMAS. Perkhidmatan ini merangkumi pembiayaan untuk pembelian hartanah/ rumah kediaman/ rumah kedai (financing purchase), pembiayaan semula pinjaman sedia ada (refinancing) dan pembiayaan gadaian semula (remortgage).


KOWAMAS juga sedang berusaha mewujudkan pakej pembiayaan perumahannya sendiri khusus buat kakitangan awam/ GLC terpilih bagi membantu golongan ini memiliki rumah kediaman mereka sendiri di mana ianya menawarkan pakej yang fleksibel dan lebih mudah bagi mengatasi kekangan kelulusan yang ketat dari institusi kewangan tempatan. Walau bagaimanapun, ianya masih dalam proses kelulusan dari pihak-pihak yang berwajib.
Share:

PEMBIAYAAN PERIBADI




Pembiayaan Peribadi e-wawasan
Kemudahan pembiayaan peribadi e-wawasan ini diperkenalkan untuk membantu kakitangan kerajaan dalam menangani keperluan kewangan seperti membuat bayaran pendahuluan kereta / rumah, pembayaran kos pengubahsuaian rumah Perniagaan dan lain-lain keperluan kewangan.

Kelayakan & Syarat-Syarat
  • Warganegara Malaysia berumur antara 18 dan 59 tahun.
  • Kakitangan kerajaan dan berstatus tetap sahaja, dengan pendapatan RM1500* ke atas dengan elaun.
  • Kakitangan yang telah bekerja tidak kurang dari 6 bulan Keatas*.
  • Tetap dalam Percubaan atau tetap dalam Perkhidmatan.
Jumlah Pembiayaan & Tempoh Bayaran Balik
  • Pembiayaan RM3000.00 sehingga RM 200,000.00* atau ansuran bulanan yang tidak melebihi 60% daripada pendapatan kasar bulanan.
  • Minimum 2-10 Tahun.
  • Proses Dokumentasi yang Mudah dan ringkas.
  • Pemotongan dalam Potongan Biro Angkasa.
  • Proses yang cepat.
Penjamin
  • Tiada penjamin.
  • Ada Saham Anggota 
  • Ada khairat Kematian


Share:

E-WASIAT







Menjamin masa depan tersayang dengan E-Wasiat Kowamas
Penulisan Wasiat memberikan anda hak untuk menentukan siapa yang seharusnya mendapat manfaat daripada titik peluh anda apabila anda meninggal dunia selepas penyelesaian segala hutang dan liabiliti harta anda.



Share:

MENGENAI KOWAMAS



Latar belakang Koperasi Wawasan Malaysia Berhad

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (Kowamas), (dahulunya dikenali sebagai Koperasi Lepan Kabu Berhad) telah ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 pada tahun 1998. Penglibatan awal koperasi dimasa itu adalah berkisar dalam perniagaan retail di Kuala Krai dan Kota Bharu, Kelantan.
Pada penghujung 2007, sembilan (9) Ahli Lembaga baru telah dilantik untuk mengemudi jawatan-jawatan penting di dalam koperasi. Di bawah pengurusan Lembaga yang baru ini, koperasi telah berjaya membentuk arahtuju dalam mengembangkan dan memperbagaikan perniagaannya sejajar dengan objektif untuk pembangunan status ekonomi ahli-ahli disamping membantu Kerajaan mencapai visi dan misi kepada masyarakat Malaysia yang makmur dan majujaya.

Kowamas, nama komersial yang terbaru dalam pasaran, selaras dengan arahtuju operasi dan kepentingan perniagaannya telah mencapai persetujuan dengan sebuah institusi kewangan yang terbesar di Malaysia untuk mengujudkan skim pembiayaan peribadi kepada ahli-ahlinya dan telah juga mengenalpasti beberapa lokasi yang stratejik untuk pembangunan hartanah.
Disamping itu, Kowamas juga sedang di dalam peringkat rundingan terakhir untuk menceburi sektor pengangkutan, perladangan dan retail.
Share:

Total Pageviews

Popular Posts

Search This Blog

Blog Archive

Powered by Blogger.

IKIM FM

HOT FM

ERA FM